Sunday 5 May 2013

nasihatku

Assalamualaikum...


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.

(Imam Hassan al-Basri)

SAHABATKU

Assalamualaikum kawan2..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.
Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.                                                                                                                                                                                                                                                  Imam Ghazali -,"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." - Saidina Ali

"Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu, jauhilah berteman dengan pembobong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya, janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah." - Saidina Ali bin Abi Thalib

Friday 3 May 2013

10 golongan yang tidak diterima solatnya

Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Siapa yang
memelihara shalat, maka
shalat itu petunjuk dan jalan
selamat dan barang siapa yang
tidak memelihara shalat maka sesungguhnya shalat itu tidak
menjadi cahaya dan juga tidak
menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya”.

Terdapat Hadis Rasulullah saw
juga mengatakan bahawa
terdapat 10 golongan manusia
yang shalatnya tidak diterima
oleh Allah SWT iaitu :

1. Orang lelaki yang shalat
sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang
mengerjakan shalat tetapi
tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum
arak tanpa meninggalkannya-
 (taubat)                          4. Orang lelaki yang menjadi
imam padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan
diri dari rumah tanpa izin
kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang
suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri
memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang
sombong dan zalim serta
angkara.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan
 riba.                     10. Orang yang shalatnya
tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

(HR Bukhari dan Muslim).
Kitab (Tabyinul Mahaarim).

Ya Allah semoga seluruh
sholat kami selama ini dapat
diterima olehmu Ya Allah.
Tolong maafkan kami jika
kami kurang sempurna Ya
Allah.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Wednesday 1 May 2013

FINAL LIGA JUARA-JUARA 2012/13

ASSALAMUALAIKUM,,,,,, terus kepada keputusan liga juara-juara* BORUSSIA DORTMUND telah pun menempah tiket ke final dengan mengalahkan REAL MADRID 3-4 sementara itu BAYERN MUNICH pula membelasah BARCELONA 7-0 LIGA JUARA-JUARA musim 2012/13 kini menyaksikan pertembungan antara satu liga iaitu BAYERN MUNICH dan BORUSSIA DORTMUND pada 25 May 2013 di stadium WEMBLEY LONDON ENGLAND

SENARAI PEMENANG LIGA JUARA-JUARA

Season Winners Country Runners-up Country Score (2011-12 Chelsea England VS Bayern Munich Germany1-1 (4–3).......... 2010-11 Barcelona Spain VS Manchester United England 3-1........ 2009-10 Internazionale Italy VS Bayern Munich Germany 2-0......... 2008-09 Barcelona Spain Manchester United England 2-0........ 2007-08 Manchester United (England)VS Chelsea England 1-1 (6–5)............. 2006-07 Milan Italy VS Liverpool England 2-1.......... 2005-06 Barcelona Spain VS Arsenal England 2-1......... 2004-05 Liverpool England VS Milan Italy 3-3......... 2003-04 Porto Portugal VS Monaco France 3-0...... 2002-03 Milan Italy VS Juventus Italy 0-0....... 2001-02 Real Madrid Spain VS Bayer Leverkusen Germany 2-1........ 2000-01 Bayern Munich Germany VS Valencia Spain 1-1........ 1999-2000 Real Madrid Spain VS Valencia Spain 3-0........ 1998-99 Manchester United England VS Bayern Munich Germany 2-1........ 1997-98 Real Madrid Spain VS Juventus Italy 1-0....... 1996-97 Borussia Dortmund Germany VS Juventus Italy 3-1....... 1995-96 Juventus Italy VS Ajax Netherlands 1-1....... 1994-95 Ajax Netherlands VS Milan Italy 1-0........ 1993-94 Milan Italy VS Barcelona Spain 4-0......... 1992-93 Marseille France VS Milan Italy 1-0......... 1991-92 Barcelona Spain VS Sampdoria Italy 1-0.......... 1990-91 Red Star Belgrade Yugoslavia Marseille France 0-0........ 1989-90 Milan Italy VS Benfica Portugal 1-0......... 1988-89 Milan Italy VS Steaua Bucureşti Romaini 4-0......... 1987-88 PSV Netherlands VS Benfica Portugal 0-0........ 1986-87 Porto Portugal VS Bayern Munich Germany 2-1........ 1985-86 Steaua Bucureşti Romainia VS Barcelona Spain 0-0.......... 1984-85 Juventus Italy VS Liverpool England 1-0......... 1983-84 Liverpool England Roma VS Italy 1-1.......... 1982-83 Hamburg West Germany VS Juventus Italy 1-0.......... 1981-82 Aston Villa England VS Bayern Munich Germany 1-0........ 1980-81 Liverpool England VS Real Madrid Spain 1-0......... 1979-80 Nottingham Forest England VS Hamburg West Germany 1-0........ 1978-79 Nottingham Forest England VS Malmö FF Sweden 1-0............ 1977-78 Liverpool England VS Club Brugge Belgium 1-0........... 1976-77 Liverpool England VS Borussia Mönchengladbach West Germany 3-1........ 1975-76 Bayern Munich West Germany VS Saint-Etienne France 1-0............ 1974-75 Bayern Munich West Germany VS Leeds United England 2-0........ 1973-74 Bayern Munich West Germany VS Atlético Madrid spain 1-1......... 1973-74 Bayern Munich West Germany VS Atlético Madrid Spain 4-0.............. 1972-73 Ajax Netherlands Juventus Italy 1-0........ 1971-72 Ajax Netherlands Internazionale Italy 2-0........ 1970-71 Ajax Netherlands Panathinaikos Greece 2-0....... 1969-70 Feyenoord Netherlands Celtic Scotland 2-0....... 1968-69 Milan Italy VS Ajax Netherlands 4-1......... 1967-68 Manchester United England VS Benfica Portugal 4-1......... 1966-67 Celtic Scotland VS Internazionale Italy 2-1......... 1965-66 Real Madrid Spain VS Partizan Yugoslavia 2-1......... 1964-65 Internazionale Italy VS Benfica Portugal 1-0.......... 1963-64 Internazionale Italy VS Real Madrid Spain 3-1.......... 1962-63 Milan Italy VS Benfica Portugal 2-1........... 1961-62 Benfica Portugal VS Real Madrid Spain 5-3......... 1960-61 Benfica Portugal VS Barcelona Spain 3-2.......... 1959-60 Real Madrid Spain VS Eintracht Fra Germany 7-3......... 1958-59 Real Madrid Spain VS Stade de Reims France 2-0......... 1957-58 Real Madrid Spain VS Milan Italy 3-2........... 1956-57 Real Madrid Spain VS Fiorentina Italy 2-0......... 1955-56 Real Madrid Spain VS Stade de Reims France 4-3...........

JADUAL LIGA JUARA-JUARA separuh akhir

Keputusan Barcelona vs Bayern Munich 2 Mei 2013 - UEFA Champions League | Pasukan Barcelona akan berdepan Bayern Munich sekali lagi setelah kalah 4 - 0 . Aksi kedua Separuh Akhir UEFA Champions League antara Barcelona melawan Bayern Munich akan berlangsung di Nou Camp di Astro 810 dan 831 pada jam 2.45 pagi.mampu ka Barcelona menyinkirkan Bayern Munich..Jurulatih Tito Vilanova menharapkan keajaiban bintang emasnya Lionel Messi.